Tuesday 14 February 2012

Apa Itu CASPER????

CASPER??? Apa itu CASPER itu sebenarnya. Pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper. Namun ternyata jangkaan saya itu salah sama sekali. CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.

Contrast (Pebezaan yang Ketara)

  • Penggunaan warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang)

  • Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar.

  • Kelebihan

  1. Membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan

  2. Membezakan dua item yang berlainan

  3. Menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.

Alignment (Susunan Lurus)

  • Menyusun item supaya ia kelihatan seimbang

  • Mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain

Simplicity (Mudah)

  • Ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.

Proximity (Berhampiran)

  • Mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan pengguna memahami kesinambungan yang wujud

Emphasis (Penekanan)

  • Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.

  • Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan

Repetition (Pengulangan)

  • Mentafsir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian.

No comments:

Post a Comment