Mohd Hasbullah Omar
Jabatan Pengurusan Teknologi
Sekolah Teknologi Maklumat
Universiti Utara Malaysia
*Ciri-ciri kebanyakan sistem maklumat di abad ke-21:
1) Beberapa sistem maklumat berlainan boleh wujud dalam satu organisasi.
2) Sistem-sistem maklumat disambungkan dengan rangkaian elektronik.
3) Sistem makumat antara-organisasi (interorganizational) melibatkan arus maklumat dalam 2 atau lebih organisasi dan digunakan terutamanya dalam aplikasi e-business.
4) Sistem persyarikatan atau sistem maklumat antara-organisasi mengandungi perkakasan dan komputer sama ada banyak atau sedikit disambungkan dengan pelbagai jenis rangkaian (seperti virtual private networks, intranet dan internet). Juga mengandungi perisian, pangkalan data, data, prosedur, dan manusia.
*Sistem maklumat dibina untuk mencapai beberapa matlamat. Salah satu matlamat utama ialah
memproses data kepada maklumat atau pengetahuan secara economical. Definisi konsep-konsep ini adalah seperti berikut:
1) Data merujuk kepada penerangan asas benda , peristiwa, aktiviti, dan disimpan, tetapi tidak tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud. Item data ini mungkin numerik, alphanumeric, gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah pangkalan data mengandungi beberapa item data yang tersusun untuk mencapai.
2) Maklumat (information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data.
3) Pengetahuan (knowledge) mengandungi data dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk menyampaikan pemahaman , pengalaman, pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti.Ia adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur yang membantu membuat keputusan.
*Data, maklumat, dan pengetahuan adalah input kepada sesuatu sistem maklumat dan boleh juga sebagai output.
*Contoh: data pekerja, gaji dan masa bekerja diproses untuk maklumat perolehan gaji (output). Maklumat ini pula boleh diguna semula sebagai input kepada sistem lain yang menyediakan belanjawan atau membantu pengurusan menetapkan skala gaji.
Klasifikasi Sistem Maklumat
*Sistem maklumat diklasifikasi dalam beberapa cara:
# berpandukan struktur organisasi.
# fungsi
# sokongan
# senibina sistem maklumat
*Walau bagaimanapun sistem itu diklasifikasikan,struktur sistem tersebut adalah sama iaitu mengandungi perkakasan, perisian, data, prosedur, dan manusia.
nSecara tradisinya, sistem maklumat dibahagikan menurut hirarki organisasi. Sistem ini dibangunkan sama ada untuk ibu pejabat, bahagian, jabatan (department), unit operasi, dan mungkin juga untuk setiap pekerja.
nSistem maklumat jabatan (Departmental IS) – penggunaan beberapa program aplikasi pada satu-satu kawasan fungsi atau jabatan.
Contoh: Koleksi program aplikasi di Jabatan Sumber Manusia dinamakan Sistem Maklumat Sumber Manusia.
nSistem maklumat syarikat (Enterprise IS) – kombinasi koleksi semua aplikasi jabatan dengan aplikasi-aplikasi fungsi lain. Contoh: ERP – membenarkan syarikat menggantikan sistem yang sedia ada kepada satu sistem secara integrasi.
Sistem antara-organisasi (Interorganizational systems) – beberapa IS menghubungkan beberapa organisasi.
Klasifikasi berpandukan Bidang Fungsi
nIS berpandukan fungsi seperti:
nSistem maklumat perakaunan
nSistem maklumat kewangan
nSistem maklumat pembuatan
nSistem maklumat pemasaran
nSistem maklumat pengurusan sumber manusia
Klasifikasi berpandukan Sokongan
nSistem maklumat diklasifikasikan berdasarkan jenis sokongan yang diberi, tidak mengira bidang fungsi. Contoh: sokongan IS terhadap pekerja tidak mengira bidang fungsi dan sokongan IS kepada majikan tidak mengira dimana mereka bekerja. Antaranya:
nSistem pemprosesan transaksi (TPS)
nSistem maklumat pengurusan (MIS)
nSistem pengurusan pengetahuan (KMS)
nSistem pengautomatan pejabat (OAS)
nSistem sokongan pemutusan (DSS)
nSistem maklumat syarikat (EIS)
nSistem sokongan kumpulan (GSS)
nSistem sokongan pintar (ISS)
Evolusi Sistem Sokongan
n1950an TPS – sistem memproses jumlah data yang banyak, ringkaskan, dan susunkan data dalam perakaunan, kewangan, dan bidang sumber manusia.
n1960an MIS – sistem mengakses, menyusun, meringkaskan, dan memaparkan maklumat untuk menyokong pembuatan keputusan.
n1970an Sistem sokongan: OAS, Sistem Pemprosesan Perkataan, CAD/CAM, DSS, EIS, GSS.
n1980an Sistem pakar (ES), KMS.
n1990an Artificial Neural Networks (ANN), algoritma genetik – boleh belajar dari sejarah.
Klasifikasi berpandukan Senibina Sistem
nIS diklasifikasi mengikut tiga jenis asas senibina:
nSistem berasaskan rangkautama
nPC (komputer peribadi/desktop)
nSistem pengkomputan terangkai/teragih (distributed/networked computing)
Klasifikasi berpandukan Aktiviti Sokongan
nIS diklasifikasi mengikut aktiviti sokongan iaitu:
nSistem pengoperasian – urusan operasi harian seperti pembahagian tugas pekerja dan merekod masa bekerja.
nSistem pengurusan – urusan aktiviti pertengahan pengurusan seperti pelan, perlaksanaan, dan kawalan jangka pendek.
nSistem strategik – berkaitan keputusan yang merubah perlaksanaan bisnes.
nSistem Strategik Baru
nPerdagangan elektronik telah menjadi cara baru perlaksanaan bisnes dalam sedekad lalu.
nTransaksi bisnes melalui rangkaian telekomunikasi, terutamanya Internet.
nPerdagangan elektronik memberi inovasi dan kelebihan strategik kepada organisasi seperti:
nMeningkatkan saham pasaran
nLebih berupaya berurusan dengan pembekal
nLebih berupaya menghalang pesaing masuk ke kawasan perdagangan
Hubungkait Antara Manusia Dan Sistem Maklumat
Infrastruktur dan Senibina Maklumat
Infrastruktur
nInfrastruktur maklumat mengandungi kemudahan-kemudahan fizikal, perkhidmatan, dan pengurusan yang menyokong perkongsian sumber (computing) dalam organisasi.
n5 komponen penting infrastruktur maklumat:
~perkakasan komputer
~perisian pembangunan
~kemudahan rangkaian dan komunikasi
~pangkalan data
~personel pengurusan maklumat (manusia)
No comments:
Post a Comment