Friday 13 January 2012

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: PENGGUNAANNYA DALAM INDUSTRI PENERBITAN

ni aku from Siti Ezaleila Mustafa

Jabatan Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
ezaleila@um.edu.my


  Perkembangan Teknologi Perkomputeran & Internet
Menurt McLuhan (1962), menerusi teknologi, manusia telah melalui empat era yang berbeza:
era tribal, era celik, era cetak, dan era elektronik. Ini seterusnya menyebabkan komunikasi
manusia semakin berkembang, iaitu daripada percakapan kepada tulisan hinggalah kepada
komunikasi interaktif dan digital. Ini semua disebabkan pembangunan dan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi, terutama dengan kewujudan komputer.
Kini, ICT terutama dengan gabungan teknologi komputer, teknologi siber, dan digital
menjadi alat global yang berupaya menembusi pelosok dunia atau ke mana-mana sahaja
untuk menyebarkan pelbagai jenis maklumat dan mencipta alam realiti maya. Komputer kini,
boleh dihubungkan dengan pelbagai saluran dan media yang menyebabkan lahirnya teknologi
baharu; dan yang amat popular pada era modenisasi ini, iaitu Internet. Internet menjadi media
yang sangat popular dan digunakan oleh hampir semua orang di seluruh dunia.
Oleh sebab itu, Internet dan web serta pembangunan aplikasi yang lain―dan kelebihan yang
ditawarkannya―turut diadaptasikan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam industri penerbitan
media. Ini menunjukkan pelaku industri ini turut menyedari kepentingan ICT dalam usaha
menyebarkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas di samping merapatkan jurang
komunikasi dengan pelbagai pihak dalam industri penerbitan sehingga membentuk jaringan
global.  

  ICT Dalam Industri Penerbitan Media
Penerbitan media mempunyai perhubungan yang rapat dengan perkembangan dan
pembangunan teknologi. Oleh sebab itu, sebarang perubahan dalam ICT, temasuk Internet,
akan turut mempengaruhi dan memberi impak kepada indutri ini lebih-lebih lagi industri
penerbitan semakin kompleks, multisaluran, dan sebuah perniagaan penyebaran kandungan
yang kaya media. Namun, kekompetenan atau kecekapan utamanya adalah mengumpul dan
mempakejkan kandungan ke dalam produk media. Impak itu boleh dilihat dalam proses kerja
dalaman, produk media itu sendiri, pengedaran produk, dan strategi pemasaran.
Kini, industri penerbitan termasuk di Malaysia menyaksikan evolusi yang digerakkan oleh
pembangunan pesat teknologi baharu dan perubahan corak dalam perlakuan pengguna. ICT
sangat relevan dengan sektor penerbitan kerana kebanyakan perkhidmatan yang terdapat di
dalamnya boleh dilakukan secara digital. Oleh sebab itu, pelaku dalam industri ini perlu bijak
menggunakan teknologi yang sentiasa berubah dalam urusan mereka termasuklah pengurusan
aliran kerja dan pengadaptasian model ekonomi dan penyampaian digital. Maka, pada masa
kini, banyak pihak dalam industri ini yang telah mengintegrasikan aplikasi Internet ke dalam
aktiviti perniagaan yang dijalankan.

 Penggunaan Laman Web
Dalam dunia tanpa sempadan kini, kehadiran dan kewujudan sesebuah organisasi dapat
disebarkan dengan meluas dengan hanya menghadirkan diri dalam dunia siber atau secara
maya. Di samping kehadiran dan kewujudan secara fizikal, semakin ramai pihak yang terlibatdalam  industri penerbitan memasuki ruang siber dengan membina laman web organisasi
masing-masing. Dengan cara ini, kehadiran mereka lebih mudah diketahui oleh sesiapa
sahaja. Laman web kini dilihat sebagai suatu keperluan kepada semua organisasi untuk terus
bersaing dalam era ekonomi digital. Oleh sebab itu, semakin banyak penerbit, penjual buku,
pencetak membina laman web sebagai alat representasi maya dalam alam siber.
Pembinaan laman web akan sentiasa mewujudkan aktiviti pemasaran dan penjualan ke
seluruh dunia sepanjang masa selama 24 jam setiap hari. Laman web yang dibina juga dapat
memberi penambahan nilai yang lebih baik berbanding teknik komunikasi yang lain kerana ia
dapat menyampaikan maklumat secara terus kepada orang ramai dalam pelbagai format
seperti teks, bunyi, grafik, imej, dan animasi. Bagi pihak penerbit laman web boleh
digunakan untuk (i) menjual buku-buku terbitan mereka terus kepada pembaca atau pengguna
akhir; (ii) menghantar konsumer kepada pengedar atau premis-premis runcit yang menjual
buku-buku terbitan mereka, dan (ii) menghebahkan terbitan dan pengarang kepada khalayak
seluruh dunia. Namun, laman web yang dibina perlu diketahui serta dapat menaik perhatian
pelayar Internet. Jika kewujudan laman web yang dibina tidak diketahui, ia adalah sia-sia..
Terdapat pelbagai alasan untuk menggunakan laman web (Sterne 1997). Antara alasan
tersebut adalah seperti yang berikut: (i) memaparkan imej korporat; (ii) membaiki
perkhidmatan untuk pelanggan sedia ada; (iii) meluaskan pasaran; (iv) melakukan transaksi
dalam talian; (v) edaran maklumat secara global; dan (vi) kos komunikasi yang rendah. Ia
juga dapat membantu penerbit memperoleh faedah-faedah seperti yang berikut: (i)
mendapatkan lebih ramai pelanggan; (ii) meningkatkan kesedaran awam terhadap organisasi
dan produk atau terbitan mereka; dan (iii) meningkatkan penjualan produk mereka.
Kebanyakan penerbit, termasuk di Malaysia, menggunakan laman web yang dibina sebagai
alat perhubungan awam dan medium baharu periklanan dengan memaparkan maklumat
berkaitan syarikat masing-masing seperti maklumat tentang penerbit, katalog penerbitan,
edisi atau penerbitan judul baharu, maklumat tentang pengarang dan sebagainya. Bagi Yesil
(1997), Internet merupakan medium baharu periklanan yang terbaik selepas kehadiran
televisyen dan terdapat perbezaan yang besar antara periklanan tradisional dengan Internet.
Periklanan tradisional merupakan aktiviti pasif yang membolehkan orang ramai menerima
mesej tanpa mencarinya. Namun, Internet adalah segala-galanya kecuali pasif (Yesil 1997:
130). Tiada apa-apa yang berlaku di depan skrin pengunjung sehingga tetikus diklik.
Ini boleh dilihat dalam laman web penerbit seperti MDC Publishers, Mybooks.com.my (yang
dibangunkan oleh Utusan Publications and Distributors), Yayasan Tun Jugah, Dewan Bahasa
dan Pustaka, dan United Publishing House. Namun, ada juga yang membenarkan pembaca
atau pengguna memberikan reaksi atau maklum balas dengan membentuk forum atau
kumpulan perbincangan antara pembaca dengan penerbit atau pengarang seperti yang
dilakukan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd., Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., dan Creative Enterprise.
Dengan cara ini, komunikasi dengan pelanggan dapat dilakukan sekerap mungkin pada bilabila masa tanpa sempadan geografi.

  Penerbitan Elektronik
Peningkatan penggunaan Internet saban tahun di seluruh dunia juga boleh dimanfaatkan oleh
penerbit dengan menghasilkan penerbitan elektronik atau penerbitan dalam talian disebabkan
semakin ramai yang mencari maklumat dan membaca menerusi Internet. Oleh sebab itu,
selain bentuk penerbitan bercetak, banyak juga surat khabar dan majalah telah diterbitkan dalam bentuk penerbitan dalam talian seperti  Kompas, Jakarta Post, Tempo, Detik, Berita
Harian, The Star, Utusan Malaysia, Kosmo,  Sinar Harian, dan sebagainya. Melalui
penerbitan dalam talian ini, berita tentang pelbagai negara boleh diketahui dengan mudah
oleh sesiapa sahaja tanpa batasan pada bila-bila masa.
Penerbitan elektronik ialah suatu bentuk yang memperlihatkan bahan terbitan dikeluarkan
dan disimpan secara elektronik bukan dalam bentuk cetakan. Malah ia merujuk pada proses
yang menggunakan bantuan komputer untuk mencari, membentuk, menyimpan, dan
mengemas kini kandungan maklumat kepada khalayak. Kualiti yang terhasil sama seperti
penerbitan biasa (Saxena 2009). Penerbitan elektronik boleh merujuk pada buku elektronik,
periodikal elektronik, penerbitan mel elektronik, penerbitan multimedia, dan kandungan
digital.  
Menurut Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan
(UNCTAD), penerbitan bentuk ini memberi peluang kepada penerbit kecil untuk
mengukuhkan kehadiran mereka di pasaran yang dimonopoli oleh penerbit-penerbit besar
dalam industri budaya ini. Dengan mengurangkan kos dan peranan orang tengah, ia dapat
membuka pasaran  baharu kepada penerbit. Penerbitan elektronik terdiri daripada teknologi
dan model perniagaan yang melibatkan penghasilan, penyelenggaraan, pengarkiban dan
pengedaran dokumen (buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain) dalam bentuk
elektronik dan/atau melalui komputer. Ini bermakna segala proses penerbitan bermula
daripada penghasilan dokumen oleh penulis sehingga dokumen tersebut sampai kepada
pembaca tidak lagi berasaskan kertas, tetapi berasaskan elektronik dan menggunakan
teknologi komputer. E-buku membolehkan sesiapa sahaja membaca sebarang dokumen
digital dalam pelbagai format fail sama ada dalam format PDF, Word, dan HTML di
komputer, telefon bimbit, atau pembantu digital peribadi (PDA).
Di Indonesia, Penerbit Mizan menjadi perintis kepada penerbitan buku elektronik apabila
menerbitkan  Wasiat Sufi Imam Khomeini kepada Putranya, Ahmad Khomeini pada tahun
2001. Selepas itu, penerbit berkenaan juga menerbitkan buku elektronik tentang perjalanan
syarikat berkenaan yang berjudul Mosaik Mizan. Orang ramai boleh mendapatkannya secara
percuma dengan memuatturunkan fail dari laman webnya, www.mizan.com atau
www.ekuator.com. Di Malaysia pula, terdapat beberapa penerbit yang berusaha
mempopularkan penerbitan elektronik. Selain menerbitkan buku-buku bercetak, Dewan
Bahasa dan Pustaka, melalui Karyanet, turut menerbitkannya secara elektronik. Orang ramai
boleh membelinya dan membacanya dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat atau
Adobe Reader. Malah melalui Karyanet juga disediakan komik elektronik secara percuma,
khususnya untuk kanak-kanak.
PTS Publications pula dengan kerjasama Metadome Sdn Bhd menerbitkan beberapa novel
remajanya dalam bentuk buku mudah alih (dikenali sebagai m-book atau mobile book) dan ia
dikatakan mendapat sambutan hangat. Mbook ialah aplikasi berasaskan Java yang
membolehkan buku dibaca dengan menggunakan telefon mudah alih. Buku bentuk ini juga
dilengkapi dengan pelbagai ciri multimedia dan elemen interaktif yang menarik. Dengan caj
muat turun sebanyak RM5 sahaja, orang ramai kini boleh membaca novel yang tebalnya
sehingga kira-kira 480 muka surat menerusi skrin telefon bimbit . Yang diperlukan hanyalah
telefon bimbit yang dilengkapi aplikasi Java, GPRS atau 3G. Di Jepun, teknologi sebegini
juga mendapat sambutan yang memperlihatkan lima daripada sepuluh novel  best-selling
adalah berasal daripada cellphone novel (maktabatii09.blogspot.com).Penerbitan elektronik bukan hanya digunakan oleh penerbit malah juga turut dimanfaatkan
oleh pengarang. Karya Stephen King  The Plant misalnya telah menggunakan kemudahan
penerbitan elektronik yang ada dengan membenarkan novelnya itu diakses oleh pembaca dari
satu bab ke satu bab dari laman webnya (www.stephenking.com) dengan menggunakan
format PDF. Beliau hanya meminta pembaca membayar AS$1 terhadap bab yang telah
dpindahturunkan. Berbeza dengan pengarang-pengarang lain, King bergantung pada
kepercayaan dan kejujuran kerana The Plant ditulis dan disebarkan bab demi bab dalam satu
jangka masa yang memerlukan kesabaran dan ingatan daripada pembaca.  Walaupun beliau
berhubung dan memasarkan terus hasil karyanya kepada pembaca tanpa melalui saluran
konvesional, beliau masih mampu memperoleh pulangan yang baik, iaitu AS$463,832.27.
Salah seorang pengarang di Malaysia yang menggunakan cara ini ialah Onn Yeoh. Beliau
menggunakan teknologi ini dengan menghasilkan buku elektroniknya yang berjudul
Transition—dalam format PDF—yang memaparkan perkara berkaitan era digital di
www.transitionbook.com/buy_online.htm. Mereka yang berminat diberi beberapa pilihan
sama ada untuk membeli keseluruhan buku berkenaan, melakukan pembelian berdasarkan
topik—―Technology‖, ―Issues‖, ―New Media‖ dan ―Concepts‖ ataupun berdasarkan bab.
Namun, tidak ramai pengarang di Malaysia yang memanfaatkan teknologi ini sepenuhnya.
Kewujudan penerbitan elektronik ini membolehkan banyak karya pengarang baharu
dipasarkan dan dibaca kerana kebanyakan penerbit kini bersikap pemilih dan tidak mahu
menanggung risiko menerbitkan karaya-karya baharu terutama oleh pengarang yang belum
mencipta nama.

  Karya dalam Talian
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi peluang kepada pengarang
untuk mendekatkan diri mereka dengan pengguna atau pembaca. Mereka boleh
memanfaatkan teknologi untuk menghasilkan kandungan digital atau terbitan dalam talian
terhadap karya mereka untuk dikongsi bersama pembaca atau peminat. Kandungan digital
umumnya merujuk pada penyampaian elektronik sesebuah karya namun ia lebih pendek
daripada karya asal atau disampaikan secara sedikit demi sedikit (Saxena, 2009). Malah
mereka boleh membantu usaha-usaha pemasaran bagi hasil karya mereka dengan lebih
mudah tanpa perlu terlalu bergantung kepada pihak-pihak lain seperti penerbit, peruncit buku,
pengedar, dan sebagainya.
Teknologi ini juga dilihat membawa sinar baharu kepada pengarang, terutama pengarangpengarang baharu yang sukar meyakinkan penerbit untuk menerbitkan karya mereka.
Teknologi ini membolehkan pengarang-pengarang yang tidak dikenali—malah semua
pengarang—menyebarkan karya mereka dalam bentuk kandungan digital kepada orang
awam dengan lebih mudah.  Para pengarang juga tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada
penerbit kerana mereka boleh menerbitkan dan sekali gus memasarkan karya-karya mereka
kepada orang ramai dan pasaran yang lebih luas.
Kegemaran golongan muda membaca dan mendapatkan maklumat di ruang siber juga
memberi peluang kepada pengarang untuk memanfaatkan teknologi baharu ini. Maka, ada
pengarang yang menggunakan ―blog‖ masing-masing untuk menyiarkan karya mereka untuk
dibaca oleh pengunjung. Ada yang memuatkan karya puisi dan ada juga yang memuatkan
cerpen dalam talian seperti Ook Nugruho (ooknugroho.blogspot.com), Hasan Aspahani
(sejuta-puisi.blogspot.com), dan Roy Manu Leveran (roymanu.blogspot.com). Ada juga
penulis yang mengeposkan sedikit demi sedikit karya mereka ke dalam ―blog‖ masing-masing untuk dibaca oleh pengunjung. Cara sebegini sebenarnya memerlukan kesabaran dan
ingatan daripada pembaca.
Antara penulis atau pengarang Malaysia yang menggunakan kaedah ini ialah Nizam Zakaria
(nizamzakaria.blogspot.com). Beliau telah menghasilkan beberapa buah novel elektronik (enovel)—dalam format PDF—seperti ―Mat dan Met‖, ―Hadi‖, ―Cinta Nasi Lemak‖, ―Gurisan
Intaglio‖ dan yang terbaharu dan masih dipaparkan sedikit demi sedikit ialah ―Kisah Seorang
Limau Nipis‖. Cara ini juga turut digunakan oleh Sri Diah dan rakan-rakannya dalam
menghasilkan e-novel berjudul ―Jangan Ada Dendam‖ (novel2u.blogspot.com) serta
pengarang-pengarang muda yang baharu—termasuk yang sedang menuntut di luar negara—
seperti Rnysa dengan karya berjudul ―Relevankah Aku di Hatimu‖ (radha.blogdrive.com),
Adielah dengan ―Mahar Asmara‖ (adileah.blogdrive.com)—Diya dengan karya ―Masihkah
Ada Cinta‖ (juz4u.blogdrive.com) dan ramai lagi
Malah ada pengarang yang turut mengadakan perbincangan serta menawarkan forum di
samping mempromosikan karya-karya mereka kepada khalayak. Antaranya ialah Faisal
Tehrani (tehranifaisal.blogspot.com), Sri Diah (sridiah2u.blogspot.com), Nisah Haron
(annyss.blogspot.com), Anis Ayuni (anisayuni.blogdrive.com), dan Salina Ibrahim
(salinaibrahim.blogdrive.com). Antara penulis di Indonesia pula ialah Joko Pinorbo
(jokpin.blogspot.com), Eka Kuriawan (ekakurniawan.com), Pipiet Senja
(pipietsenja.multiply.com), Asma Nadia (anadia.multiply.com), dan Anrea Hirata
(sastrabelitong.multiply.com).
Di Malaysia, penulis boleh juga berkumpul di e-Sasterawan yang dikenali sebagai Taman
Perumahan Siber untuk penulis-penulis yang aktif dalam ruang siber. Di sini,  penulis boleh
mewujudkan laman peribadi (yang dipanggil ―lot-lot karya‖) dan menyiarkan karya mereka
seperti cerpen, puisi, madah, haiku, drama, dan sebagainya. Malah, karya-karya ini ada yang
diterbitkan sendiri oleh pihak pengurusan e-Sasterawan dan dijual secara dalam talian di
Kedai eSastera. Selain itu, terdapat juga Penulisan2u, iaitu sebuah laman penulisan yang
memberi peluang kepada para penulis berkongsi idea dan menyiarkan karya mereka. Dengan
jalinan kerjasama yang dilakukan dengan pelbagai penerbit seperti Kaki Novel dan Fajar
Pakeer, banyak karya yang menarik di laman ini telah diterbitkan dalam bentuk bercetak.

  Percetakan Digital
Teknologi ini membantu fleksibiliti dalam proses pengeluaran cetakan, membantu penciptaan
penerbitan tempatan, dan meningkatkan penerbitan berasaskan konsumer. Ia berhubungan
dengan rangkaian elektronik dan membuka jalan kepada percetakan atas permintaan dan juga
self-publishing, serta membolehkan konsumer membuat pesanan terhadap judul yang habis
dicetak. Dengan teknologi yang sama, penerbit dan penjual buku boleh memperoleh faedah
maksimun daripaada cetakan dalam jumlah yang kecil.  Malah, teknologi ini juga boleh
digunakan oleh pengarang yang melakukan penerbitan sendiri (self-publishing) terhadap
karya mereka. Bagi Poynter (1984),  self-publishing is where the author bypasses all the
middlemen, deals directly with the printer and then handles the marketing and distribution.
Walaupun percetakan digital menawarkan faedah yang banyak dalam banyak aplikasi seperti
kemampuannya menintegrasikan sistem dan mengoptimumkan aliran dalam proses
pengeluaran, pentadbiran dan komunikasi rangkaian, ia perlu bersaing dengan kaedah
produksi yang lain. Dalam industri yang didominasi dengan kos yang lebih  rendah dalam
penggunaan percetakan  offset, percetakan digital perlu berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang semakin mencabar, dan ini melibatkan pertimbangan utama, iaitu pelaburan
kewangan.
Percetakan atas permintaan atau lebih dikenali sebagai POD (print-on –Demand) merupakan
kaedah baru dalam percetakan. Ia juga disebut percetakan digital. Ia ialah gabungan antara
penerbitan elektronik dengan penerbitan cetak yang memperlihatkan bahannya dipegang atau
disimpan oleh penerbit dalam bentuk elektronik dan dicetak dalam salinan keras (hard copy)
apabila mendapat pesanan (European Commission, Julai 2005). Teknologi ini melibatkan
sisten percetakan laser dan teks yang diformat secara elektronik yang boleh dibaca oleh
pencetak. Cara ini sebenarnya membebaskan penerbit daripada proses percetakan beribu-ribu
naskhah untuk sesebuah judul.

  Penjualan Dalam Talian 
Digitalisasi membolehkan syarikat penerbitan menggunakan saluran pengedaran elekronik
sebagai tambahan kepada cara tradisional dalam proses penjualan media bercetak seperti
surat kahabar, majalah, mahupun buku. Ini ditambah pula dengan adanya teknologi Internet,
web, dan perdagangan elektronik—atau lebih dikenali sebagai e-dagang—juga menawarkan
peluang yang menarik dan membawa impak yang besar kepada penjual buku. Ini kerana
semakin ramai yang memasuki ruang maya untuk melakukan pembelian dalam talian. Oleh
sebab itu, hubungan yang rapat antara peniaga dengan pengguna atau pelanggan juga dapat
diwujudkan. Malah, ramai pakar pemasaran menganggapnya sebagai satu alat yang tidak
boleh diabaikan dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa-apa jua jenis perniagaan yang
ingin ke peringkat antarabangsa.
Malah, pembelian dalam talian telah menjadi salah satu aktiviti yang semakin popular di
kalangan pengguna Internet.  Dan salah satu perdagangan dalam talian yang amat popular
beberapa tahun kebelakangan ini ialah penjualan buku dalam talian. Asia menawarkan
pasaran yang luas kerana hampir 80 peratus pengguna Internet melakukan pembelian dalam
talian dengan membelanjakan lebih kurang US$3,000 sepanjang tahun 2008 menurut tinjauan
yang dilakukan oleh Visa (www.whatsonxiamen). Maka, Internet kini menjadi medium yang
hebat untuk pembelian dan penjualan buku kerana ia dianggap sebagai komoditi yang bagus
untuk Internet.
Ramai yang menganggap buku merupakan produk yang sesuai―selain perkakasan dan
perisian komputer―untuk dipasarkan terus melalui Internet kerana ciri-ciri semula jadi yang
dimilikinya seperti yang berikut: (a) buku merupakan komoditi yang dikenali dan diketahui
umum; (b) ia tidak mahal dan sering dibeli; (c) ia ditawarkan kepada semua orang dan semua
orang boleh menjadi pengguna yang berpotensi; dan (d) mudah diedarkan dan tidak
memerlukan pembungkusan yang rumit. Oleh sebab itu aktiviti pembelian buku dalam talian
semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Dan kajian A.C. Nielsen pada 2008 menunjukkan
buku masih terus menjadi produk paling popular yang dibeli secara dalam talian dalam
kalangan penduduk di negara Asia, iaitu sebanyak 41 peratus.
Oleh sebab itu, terdapat semakin banyak kedai buku dalam talian, terutama setelah kejayaan
Amazon.com. Menurut Yesil (1997), kedai siber, kedai maya atau kedai virtual ―is a
storefront in cyberspace, a place where customers can shop from their home computer  and
where merchants can offer merchandise and services for a fraction of the overhed required in
a physical storefront.‖ Ia wujud pada bahagian Internet yang dikenali sebagai World Wide Web. Laman storefront wujud untuk menjual sesuatu. Walau apa pun produknya, ia bertujuan
untuk melaksanakan transaksi perniagaan secara dalam talian (online).  Kewujudannya
memberikan kelebihan kepada peniaga buku dan orang ramai.  Antaranya adalah seperti yang
berikut: (i) menawarkan pilihan judul yang luas dan ruang pameran yang tidak terhad dengan
carian yang hebat; (ii) maklumat produk boleh sentiasa dikemas kini dan ditunjukkan dengan
cara yang interaktif; (iii) proses pesanan yang mudah dan pantas; (iv) penghantaran produk
yang pantas dan membolehkan pengguna melakukan  komunikasi atau meminta kepastian
daripada peniaga; (v) memperoleh pelanggan dari pelbagai lokasi tanpa mengira geografi;
(vi) menawarkan harga yang kompetitif; dan (vii) pengaksesan berterusan tanpa mengira
masa dan tempat.
Oleh sebab itu kini, sudah semakin banyak kedai buku dalam talian yang wujud, termasuk di
Malaysia dan Indonesia seperti Kedai-buku.com, E-kedai.net, Kedai Buku Online, My Kedai
Buku, Bukabuku.com, Bookoopedia.com, Beli-buku.com, dan Rumahattar.com. Kedai buku
konvensional yang popular dalam kalangan peminat buku telah mula membangunkan kedai
maya untuk memberi keselesaan kepada orang ramai di samping cuba meluaskan pasaran
mereka. Antaranya ialah rangkaian kedai buku antarabangsa seperti OBuku, Popular
Bookstore, Kinokuniya, Page One,  Arthur‘s Books, serta MPH Bookstore dan kedai-kedai
buku tempatan seperti Minerva, First Edition Bokstores, Dawama Sdn. Bhd., dan Koperasi
Buku Sdn. Bhd. Selain itu ada juga kedai buku dalam talian yang diwujudkan oleh penerbit
seperti Mybook.com (UPND), Bookcafe.com (PTS Publications), Pelangibooks.com
(Penerbitan Pelangi), Gramediaonline (Penerbit Gramedia), dan Erlangga  (Penerbit
Erlangga).
Ada juga kedai buku dalam talian yang menawarkan pilihan judul daripada kategori-kategori
yang khusus. Cara ini  sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk mencapai pasaran
tertentu (niche market) kerana setiap kategori buku mempunyai pengikutnya sendiri. Untuk
mendapatkan bahan bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak misalnya, orang ramai boleh
mengunjungi MariBaca Children‘s Bookstore, Ummiku Sayang.com  manakala peminat buku
sastera boleh cuba melawati Ujana Ilmu. Mereka yang memerlukan buku rujukan sekolah
pula boleh mengunjungi Ebuku Bookstore dan  buku berbahasa Cina di Mentor (Chinese)
Bookstore dan Star Bookstore. Peminat komik pula boleh mengunjungi Angelzon.com dan
Buku Dedo, manakala yang ingin mencari buku manual berkaitan kenderaan boleh ke
manualbookmobil.com.
Dengan adanya kedai buku dalam talian, ia sebenarnya menawarkan cara yang ekonomikal
untuk mencapai khalayak dan pasaran yang luas dengan masa yang pantas. Khalayak juga
mendapat pilihan judul yang lebih banyak berbanding jika mereka membeli di kedai-kedai
buku berhampiran kawasan mereka. Walaupun terdapat kedai buku—yang dikenali sebagai
superstore—yang menawarkan pilihan judul yang banyak, ia hanya boleh didapati di bandarbandar besar.  Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke kedai buku seperti ini, Internet
menawarkan pilihan judul yang luas dengan hanya berada di hadapan komputer berinternet
dan mengeklik tetikus.

 Laman Sosial
Sejak awal lagi teknologi rangkaian komputer dijangka membawa kesan sosial kerana ia
bukan sahaja menghubungkan komputer, tetapi juga manusia. Teknologi berkenaan terus
berkembang sehingga memenuhi keperluan minimum teknikal bagi mewujudkan komuniti dalam talian yang efektif sehingga munculnya laman sosial yang dengan mudahnya
mewujudkan jaringan sosial dalam talian.
Pengenalan laman jaringan sosial seperti Facebook, Bebo, MySpace, Twitter, Friendster, dan
Cyworld  berjaya menarik perhatian berjuta-juta pengguna sebagai salah satu alat jaringan
sosial dalam kehidupan harian mereka. Antara motivasi yang menggalakkan mereka
menggunakan laman sosial ini adalah disebabkan ciri-ciri yang dimilikinya sebagai alat
komunikasi, perkongsian maklumat, menyebarkan pengalaman dan aktiviti. Laman jaringan
sosial ini membolehkan komunikasi dalam kitaran hubungan yang lebih luas, di samping
percantuman pelbagai aktiviti yang berasingan daripada mesej e-mel, pembentukan laman
web, diari, album foto hingga kepada memuat turun dan memuat naik muzik dan video.
Boyd dan Ellison (2007) mendefinisikan laman jaringan sosial sebagai perkhidmatan
berasaskan web yang membolehkan individu melakukan perkara berikut: (i) membina profil
publik  atau semipublik dalam sesuatu sistem; (ii) menyediakan senarai pengguna lain yang
berkongsi hubungan (share a connection); dan (iii) melihat dan merentasi senarai hubungan
mereka dan yang dilakukan oleh orang lain dalam sistem itu. Laman jaringan sosial ini
lazimnya mempunyai portal, forum, blog, dan galeri (biasanya galeri foto). Setiap elemen
yang digunakan oleh pengguna sesebuah laman jaringan sosial berhubungan antara satu sama
lain dan menyumbang ke arah terbentuknya satu komuniti.
Statistik daripada  comScore pula menunjukkan daripada 1.1 bilion pengguna yang
mengakses Internet pada Mei 2009, 734.2 juta daripadanya, iaitu 65 peratus daripadanya,
melawat sekurang-kurangnya satu laman jaringan sosial.  Di Malaysia, trend ke arah
komunikasi berbentuk jaringan boleh dilihat apabila semakin ramai yang menggunakannya.
Ini disokong dengan laporan comScore World Matrix yang menunjukkan kadar penembusan
jaringan sosial di Malaysia yang agak tinggi, iaitu 66.6 peratus―berada di belakang
Singapura (74.3 peratus), dan Korea Selatan (68 peratus).
Menurut ahli pemasaran (www.slideshare.net), perbelanjaan pemasaran kini banyak tertumpu
pada periklanan dalam talian ke atas rangkaian sosial yang popular. Kebanyakan organisasi
perniagaan juga menjadikan ―kehadiran dalam laman jaringan sosial‖ sebagai prioriti utama
mereka. Ini kerana laman-lama ini memberi fokus kepada pembinaan hubungan dan komuniti
dengan membolehkan orang ramai berkomunikasi di laman itu dan berinteraksi bersamasama berasarkan minat, aktiviti, keperluan perniagaan, dan sebagainya.  Menurut Wellman et
al. (1996), jaringan sosial berbantukan komputer ini mampu mengekalkan ikatan sokongan
yang kuat di tempat kerja mahupun dalam komuniti.
Ia juga semakin banyak digunakan oleh pelaku-pelaku dalam industri  penerbitan untuk
meluaskan jaringan hubungan sama ada dalam kalangan pelanggan, rakan niaga, mahupun
pasaran. Penerbit seperti Tintarona Publications, Utusan Publication, Ameens Books, PTS,
Alaf 21, dan Penerbit UTM, misalnya menggunakan Facebook untuk menyebarkan maklumat
tentang penerbitan mereka manakala pengarang seperti Sri Diah, A. Samad Said, Uthaya
Sankar menggunakannya untuk berkomunikasi dengan sahabat dan peminat masing-masing
di samping menghebahkan aktiviti semasa masing-masing.

No comments:

Post a Comment