Friday 13 January 2012

Takrifan dan Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.


Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.


Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria dan Mohd Zamri Murah. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd




OLEH: MOHD HANAFI JUMRAH & Nurhayati Safwanah Durahman

1 comment: